"Lencana
ini telah mula digunakan pada tahun 1964 semasa Guru Besar sekolah
ini iaitu Encik Abdul Rashid B. Md. We. Beliau menyedari sekolah ini
tidak mempunyai logo lalu telah mengarahkan dua orang guru melukis
lencana sebagaimana yang ada sekarang ini." |
|
Pengertian
Lambang Dan Warna
Bentuk Perisai
Melambangkan kefahaman guru-guru dan murid-murid menghadapi cabaran.
Buku dan Obor
Melambangkan sekolah ini sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan yang
seimbang dari segi intelek dan rohani. Lambang obor
bermaksud mengutamakan ilmu sebagai penyuluh hidup pada masa akan datang.
Lima
Cincin
Melambangkan bahawa sekolah ini menggalakkan kegiatan ko-kurikulum untuk
pertumbuhan rohani dan jasmani yang sihat.
Cogan Kata
Cogan kata sekolah disematkan pada bahagian bawah lencana di mana mengharapkan
semua guru dan murid sekolah ini mempunyai ilmu pengetahuan sebagai panduan
untuk hidup.
Warna Putih dan Kuning
Warna negeri di mana sekolah ini berada iaitu di negeri Perak.
Warna Hitam dan Merah
Menunjukkan keberanian, berkeyakinan dan bertanggungjawab.
|
|
|